2 Tahun
"2 Tahun"
Masa yang lama, lama untuk kita bersama.
Senyuman, gelak tawa, menangis, kecewa, riang ria, bergurau, mengusik,
Cukup lengkap untuk usia "2 tahun"
Penuh dengan cerita, Mengukir 1000 kenangan.
Terima kasih untuk "2 tahun"
Maaf jika tak dapat memberikan yang terbaik dalam tempoh masa tersebut.
Maaf untuk kekurangan diri, Terima kasih kerana melengkapi.
Perasaan rindu kini menghimpit nadi-nadi yang ada di tubuh ini.
Rindu untuk bangun pagi, bergegas untuk bersiap, ohh rindu.
Berjalan beriringan ke dewan, bergelak tawa, bergosip.
Indah saat itu, terima kasih sahabat, kawan dan juga lawan.
Kau melengkapi, kau penuh memori.
Terima kasih :)