follow | dash
lala header photo lalasheader.png
She's Aurora

Lala De'laila


This is my official blog, talk about my self, love and all about me.Thanks for reading. Lots of love- Lala

About Links Entries Stuffy


Terkedu seketika aku bila pandang screen hp aku,
Aku terfikir smbil termenung, adakah salah aku? adakan ego aku? adakah langkah aku yang kecundang?
Aku tahu kau kecewa, marah, sedih dan terluka. Ya, aku nak kau tahu aku pn sama, merasakan perasaan itu. Pedih sakit yang tak terperi. Memang aku tahu ia bukan sesuatu yang adil. Tapi adakah ia adil untuk aku? adakah ia selesa untuk aku? Aku penat menjaga hati dan perasaan. Aku juga mahu mengukir senyuman sehingga terlakarnya lesung pipit di wajah. Aku juga mahu menyimpan seribu juta kenangan bersama. Tapi apakan daya aku manusia. Sama seperti kau. Punya hati, jiwa dan juga perasaan. Mungkin kerna aku seorang wanita, Sentiasa mahu dijaga, diberi perhatian, dibelai dan dimanja. Aku bukan lah setabah mana dan sekuat tembok china selatan yang boleh bertahan tak kala hendak diruntuhkan. Aku adalah gadis yang sentiasa bermimpi untuk kehidupan yang istimewa. Aku minta maaf. Takkan mudah aku lepaskan gengaman tangan yang erat ini, gengaman hati ini. Tidak itu semua sakit. Bukan senang aku cuba melepaskan kau. Kau yang sentiasa hadir dalam mimpi, kau yang selalu hadir dalam angan, kau yang muncul dalam kenangan, mana boleh aku lupa kata-kata aku, janji-janji aku. Ia bagai tali yang mengikat ku. Aku yang sentiasa menunggu dengan linangan air mata, walaupun aku cuba menahan tapi ia akan tertumpah tak kala aku benar2 rasa rindu dan sedih. Kadangkala aku cuba menyalahkan diri sendiri kenapa semuanya tidak berlaku seperti yang aku inginkan? Kenapa? kenapa? kau ada jawapan? Sama sekali tidak. Sorry :')

Older Post | Newer Post