
Alone..
Malam pnuh kegelapan dan bersuluhkan lampu tidur aku tinggal keseorangan tanpa melakukan apa-apa.
Dek kerana malam pergerakkan pun terbatas , hanya berdiam didalam ruangan kamar yang gelap.
Kadang-kadang terasa juga perasaan ketakutan menguasai tetapi aku sentiasa bertemani doa.
Saat ini aku duduk kadangkala berbaring dan juga melayan perasaan aku lagi berulangkali, tak kisah lah perasaan suka ke duka ke aku layankan sahaja dengan disulami lagu-lagu yang bersesuaian.
Bantal menjadi teman didalam dakapan kadang kala menjadi penutup muka bukan untuk menutup dikala malu tetapi tak kala aku menitiskn air mata.
Malam ini lagu dari Agnes monica dan Afgan menjadi teman dendangan jiwa serta santapan telinga.
Secara tiba-tiba aku teringat akan diari buatan tangan aku sendiri.
Lantas bangun mencari , perlahan ku buka maka terjatuhlah surat2 cinta dari hati yang tak pernah aku lepaskan ke tangan orang lain.
Jangan tanya kenapa aku tak memberi dan menyampaikannya kerana jawapan aku biar aku sendiri sahaja yang tahu segala kisah ini.
Ku baca satu persatu , terimbau dan tersingkap kisah serta kenangan masa dahulu kala.
Apa yang aku mahu kau tahu aku rindu.
Rindu saat kau ada , aku rindu saat kau bergurau , aku rindu saat kita bersama.
Rasanya mahu aku menjerit sekuat hati menyampaikan apa yang terpendam di lubuk hati.
Tetapi,
Huh, apa yang lebih aku mahu aku tak nak ingat benda ini semua sebab ia merapuhkan hati aku setelah aku kuat hidup tanpa kata-kata kau.
Biar aku hidup dengan janji bukan memori sebab ia bagai membakar diri.
Aku mahu melangkah dan berdiri sendiri aku tak mahu lemah kembali setelah aku bangkit memulihkan hati.
Biar hati sahaja yang pendam dan air mata berendam asalkan aku tidak berdendam.
Apa berlaku sekarang bukan atas permintaan sendiri tapi takdir telah tertulis bahawa kisah perjalanan cinta kita bergini mungin ada hikmah disebalik rintihan ini.
Jangan kau risau aku sentiasa mengenggamkan tangan dan menempuhi liku ni dengan kekuatan aku.
InsyaAllah janji akan ditepati atas keredaan Illahi.
Hanya doa untuk pengikat hati dan ketenangan diri.
Ku harap kau bisa mencapai apa yang dicari dan moga aku kuat berdiri disini.