Assalamualaikum. w.b.t :)
Before tu Dila nak mintak maaf untuk entry kali ini kalau ayat agak lancang sedikit .
Mungkin sebab tak terluah dek bibir malahan tak terkata dek perasaan yang sentiasa bersabar.
Post untuk hari ini honestly Dila agak kecewa dengan manusia dipersekitaran.
Dah lama pendam dan Dila bukannya jenis si pencari pasal dan si gila yang tiba2 menerpa sesiapa sahaja.
Okey honestly perasaan marah, geram, kecewa dan benci membuak2 didada ni.
Tapi Dila amik keputusan berdiamkan diri.
Buat apa melayan kata2 yang tak berasas yang direka si pembuli kata?
Malahan Dila tak tahu dri mana datangnya masalah penyebab si penyebar berita hingga sibuk menggunakan anasir-anasir jahat untuk memburukkan orang lain.
Malahan Dila tak tahu dri mana datangnya masalah penyebab si penyebar berita hingga sibuk menggunakan anasir-anasir jahat untuk memburukkan orang lain.
Orang kata dia jeles ??? tak boleh tengok orang lebih sedikit.
Mana faedahnya jeles sesama kita? Apa faktor dan penyebabnya mahu cemburu?
Tak ada apa yang perlu kita perbalahkan. Kita manusia yang dilengkapi dengan kelebihan dan kekurangan,
Tak ada apa yang perlu kita perbalahkan. Kita manusia yang dilengkapi dengan kelebihan dan kekurangan,
Tolong berhenti membuat , mereka cerita yang penuh auta dan hilangnya fakta apatah lagi menjadi batu api dipersekitaran anda sendiri, dan menyimpan hasad dengki disisi.
Tak tahukah dunia ini terlalu kecil untuk kita berselindung? Mungkin yang sini tak nampak tapi bagaimana pula dengan yang Maha Kuasa? Ia terlalu terang untuk kau berselindung.
Dunia ini bagai roda yang akan memakan diri kita sendiri sayang.
Hri ini mungkin diatas dengan senang lenang satu hari nanti kau dibawah pula, jangan kau beremosi pula.
Aku tahu apa yang kau buat cuma aku malas nak layan tiap baris kata fitnah yang kau lemparkan.
Kalau aku layan kira aku dan kau sama sahaja perangainya.
Aku masih hormat kau sebagai salah seorang sahabat aku. Dan aku maafkan segala apa yang kau bicarakan dan apa yang kau lakukan walaupun aku tak nampak,
Dari kau aku belajar menilai manusia lain dan lebih berhati-hati untuk mengenali manusia dialam ini.
Yeah, dari kau juga aku mula faham erti suka dan tidak suka.
Ada apa pada suka? bila tak suka dibuang merata.
Itu yang aku guna untuk menilai sahabat sendiri kerana bila kau suka kau layan dengan baik tapi bila kau dah tak suka kau campak dimerata-rata dan tambahan kau memburukkan setiap manusia yang kau telah campakkan. Bila suka kebaikan sahaja kau pandang tapi bila kau benci keburukkan disisi yang sering dibuka pekungnya. Doa aku agar kau bahagia dengan apa yang kau lakukan ini dan agar kau mendapat kepuasan dihati sendiri. :)
Ucapan terakhirku aku ucapkan ribuan terima kasih atas jasamu .