Assalamualaikum..
Hai stalker blogger yang baik hati lagi rajin mengambil tahu perkembangan blog She's Lala.
Thanks ye sebab rajin menyinggah sebentar :)
Okey entry ni mudah, simple dan senang difahami.
Thanks ye sebab rajin menyinggah sebentar :)
Okey entry ni mudah, simple dan senang difahami.
Okey, senangnya hidup bagai belon2 . Yelah boleh berterbangan diawan.
Bila habis masanya ia akan meletup dimana-mana ia berada.
Tapi aku yakin tak ada yang sesenang itu, jadi belon pun payah sebab tak puas berterbangan dan menikmati udara di dunia ini ia sudah berpecah dan berkecai merebah ke bumi walaupun bukan dengan relanya.
Sejak akhir ni, boleh dikatakan aku kalah dengan diri sendiri.
Belum berperang lagi aku seperti si penakut yang menyerahkan diri dimedan perang.
Ramai yang kata aku ni mungkin clumsy, sensitif, tak matang, tak berfikiran jauh dan bla,bla, bla.
Haish apa nak jadi? tanya diri sendiri.
Aku cuba mengubah diri aku tapi aku tak boleh .
Tak boleh hidup dalam bayang2 diri sendiri.
Bagai memakan daging sendiri apabila mencuba jadi orng lain dan bukan diri sendiri.
Aku cuba bersembunyi dibelakang kaca-kaca tapi kaca yang memakan diri sendiri.
Oh perit sungguh rasa ini.
Masih lagi cuba berlakon sebagai sekuat sang harimau.
Oh masih lagi tak boleh, sebab ia bukan seperti biskut tiger yang tiba-tiba boleh kuat.
Bohong sahaja semua itu.
Maka jalan pilihan aku , aku pilih kekunci kesabaran. Melawan sahaja apa yang didepan mata walaupun sesekali tetesan air mata jatuh rebah menimpa bumi.
Moga aku kuat melawan takdir walaupun takdir itu kejam tapi kuncinya diri aku sendiri.
Aku yang bisa mencorak takdir aku dan Allah yang menentukannya.