Assalamualaikum pembuka kata dari saya.
Penulis blog milik persendirian ini :) terima kasih kerana sudi membaca hasil coretan dan sembangan saya.
hai orang diluar sana :) berharap agar anda berkeadaan baik2 sahaja hendaknya :)
Fairytale :)
Dengar gaya bahasanya seperti dialam khayalan kan ?
Itu lah dunia yang selalu aku idamkan. :)
Selalu khayalankan , impikan, dan angankan :)
Aku ingin sekali berada dalam alam itu.
Aku ingin ada didalam alam ciptaan aku sendiri.
Macam zaman kecil2 dahulu aku selalu impikan menjadi seorang puteri yang cantik :)
Punyai pari-pari disekelilingku, hidup ditaman penuh bunga-bungaan, berbajukan gaun yang cantik , tinggal di istana yang cantik , dikelilingi haiwan yang comel2 serta miliki seorang putera kacak menawan :)
Sungguh indah kehidupan sebegitu :)
Dialam yang menarik dan cantik :)
Ketika kecik dulu aku terlalu suka kehidupan Snow white :)
Diperpustakaan sekolah dululu aku sering meminjam buku cerita itu.
Berbeza dengan kawan aku yang lain sukakan cinderella.
Pilihan aku tetap Snow white :)
Corak kehidupan dia berbeza..
Aku tahu itu dongeng tapi aku suka jalan ceritanya , kuat berimaginasi dan dialam fantasi sendiri..
Snow White..
Seorang puteri yang cantik, jelitawan dan tabah :)
Hidup bersama orang kerdil dan haiwan-haiwan yang menyayanginya.
Punyai hati suci dan murni, baik dan kaya budi bahasanya.
Dia bijak mengatur setiap langkah, menyayangi segala apa yang dihadapannya dan sabar serta tabah menghadapi masalah , tidak sesekali terjatuh walaupun dijatuhkan :)
Walaupun punya masalah dia tetap bangun menghadapinya dan tidak sesekali melangkah kebelakang :)
Tapi aku sedar, aku masih dialam yang nyata.
Aku juga sedar tidak akan adanya alam itu kerana itu hanyalah dunia rekaan dongengan rekaan manusia untuk cerita di zaman kanak-kanak.
Tapi tak salahkan kalau aku hanya menganggankannya?